MS
Mawar Safei
3quotes
Quotes by Mawar Safei
"
Makanya ada pujangga membuat bidalan bahawa pemimpin yang luhur adalah seperti air. Ia menjadi tempat kehidupan banyak pihak dan dengan semua kelembutan, dirinya cuba akur terhadap alam tanpa mahu ada perlawanan. Dan ia sering mengalir ke alur yang lebih rendah, tempat jauh yang tidak disukai orang banyak. Pemimpin yang saya mahukan adalah air yang penuh kehormatan menyesuaikan diri dengan apa yang ditempati.
"
Hanya kebesaran Ilahi di Tanah Barakah ini, titik kecil menjadi kawasan yang lapang buat yang mencari.
"
Usahlah menghentak kaki di Tanah Madinah. Muhammad dan sahabatnya masih ada dan selalu akan memeriksa adab kita.